Thursday 1 October 2015

Isu-isu Ekonomi Dunia Semasa


Libya  merupakan negara Afrika yang berpengaruh di rantau ini dan merupakan negara pengeluar minyak yang terbesar serta berkualiti di dunia. Libya juga menganggotai OPEC (rujuk lampiran) dan boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang kaya tetapi disebabkan tiada sokongan negara-negara kuasa besar mereka tidak maju..Seperti yang kita sudah sedia maklum, negara itu kini terjebak dalam satu krisis yang sangat besar pada tahun 2008. Krisis itu bermula apabila rakyat Libya yang anti kepada kepimpinan Muammar Gaddafi. (Rujuk lampiran). Gaddafi sudah berkuasa di Libya selama lebih empat dekad semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969. Rakyat mengambil peluang diatas sentimen anti-kerajaan yang berpunca dari Tunisia yang telah merebak ke negara-negara Arab yang lain untuk menjatuhkan Gaddafi. Krisis kewangan yang berlaku di Libya ini ternyata berpunca daripada rakyat yang memberontak untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu tersebut.
Gaddafi mengekang kebangkitan rakyatnya sendiri dengan menggunakan pasukan tentera yang masih setia kepadanya dan tentera upahan dari Republik Chad serta beberapa negara Afrika yang lain dengan gaji yang lumayan. Gaddafi mula meminta bantuan negara luar untuk membantunya menyelesaikan masalah rusuhan anti- kerajaan yang dikatakannya dicetuskan oleh Al-Qaeda. Kemudian apabila dia mula menggunakan tindakan kekerasan berupa ketenteraan yang telah membunuh rakyatnya sendiri, beliau mula menerima banyak kecaman dari seluruh dunia dan termasuk dari para diplomatnya sendiri. Pada ketika ini Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Barat yang lain mula membekukan asetnya di luar negara dan mula mengenakan sekatan ke atas Libya. Negara-negara Barat juga mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berupa sokongan ke atas kumpulan penentang Gaddafi. Revolusi rakyat di Libya telah meletakkan situasi politik di negara itu menjadi tidak menentu dan sukar diramal.
Semua kumpulan bersenjata yang saling bermusuhan datang ke Tripoli, dan hampir setiap hari terjadi kenalan senjata di antara mereka. Kini Tripoli, ibu negara Libya, telah berubah menjadi arena pertarungan militia-militia bersenjata. Mereka saling bersaing dan berebut untuk menduduki tempat-tempat sensitif di ibu negara supaya dapat memegang pusat dasar dan kuasa di Libya. Perang dan perebutan kuasa di Libya terus berkecamuk hingga sekarang. Perang tersebut tidak hanya menimbulkan krisis politik dan keselamatan di Libya, tetapi juga akan menghancurkan infrastruktur negara itu. Sementara pandangan lain yang mungkin lebih dekat dengan fakta menilai Libya sebagai mangsa konspirasi sejumlah negara Barat, iaitu negara-negara yang bercita-cita untuk mengejar kekayaan alam di Libya seperti tambang, minyak dan tenaga. Mereka ingin kian merebak selalu membayangi negara tersebut sehingga mampu menggapai tujuan-tujuannya dengan mudah.
Pada ketika itu, pesawat-pesawat yang tak dikenal pasti terbang di kawasan bandar Tripoli, dan bahkan mengebom beberapa kawasan di ibu negara Libya itu. Setiap dari militia dan kumpulan yang berseteru saling menuduh melakukan penyerangan itu. Mungkin saja pengeboman itu dilakukan oleh salah satu negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atau para penyokong kumpulan-kumpulan pengganas yang aktif di Libya yang memanfaatkan rasa tidak selamat di negara itu untuk kepentingannya Hingga kini tidak ada yang mengetahui pihak mana yang melakukan pengeboman di Tripoli. Namun yang jelas, pelakunya adalah pihak-pihak yang sedang memanfaatkan kekacauan dan rasa tidak selamat di Libya.
Krisis di Libya merupakan sebuah peluang bagi kumpulan-kumpulan pengganas didikan Barat khususnya Amerika Syarikat, dan negara-negara Arab pesisir selatan Teluk Parsi untuk mencapai tujuan menyalahi undang-undang mereka. Barack Obama, Presiden AS berulang kali menegaskan bahawa jika Libya tidak mampu menyelesaikan krisis, maka ada kemungkinan campur tangan antarabangsa di negara itu. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kecurigaan bahawa persoalan keselamatan di Libya ada kaitannya dengan gerakan AS yang berusaha mencapai kedudukan dan sasaran yang diinginkan Washington di negara itu. Kecurigaan itu semakin kuat apabila bukti-bukti menunjukkan adanya hubungan pelbagai pihak dan militia di Libya dengan Barat. Hubungan tersebut menggambarkan sejumlah fakta di balik krisis politik dan keselamatan di negara itu. Selain itu, isu-isu mengenai pembahagian Libya oleh Barat dan pelbagai pihak sebagai sebuah rancangan untuk masa depan di negara itu, semakin menambah kuat kecurigaan tersebut.
Amerika Syarikat memerhatikan krisis Libya ini adalah sesuatu yang boleh diambil peluang baginya untuk campur tangan ke dalam hal-ehwal politik Libya. Amerika Syarikat menggunakan alasan hak-hak kemanusiaan dan mempertahankan kumpulan anti Gaddafi untuk masuk ke kancah krisis Libya ini. Ada beberapa sebab yang boleh kita andai mengenai campur tangan Amerika di Libya ini. Sebab yang pertama ialah Amerika mahu menguasai minyak. dengan menaikkan agen-agen mereka dikalangan kumpulan penentang Gaddafi. Mereka hanya memberi sokongan moral dan sokongan logistik yang difikirkan berpatutan dan tidak terlalu menarik perhatian antarabangsa kepada pasukan penentang. Sebab yang kedua ialah Amerika mengambil peluang diatas keganasan Gaddafi yang menyerang rakyatnya sendiri untuk masuk campur hal-ehwal dalaman Libya dengan tujuan menyekat kebangkitan Islam yang dipelopori oleh pelbagai gerakan pro-Islam di Libya sebelum mereka mengambil alih pemerintahan Gaddafi.
Kebangkitan rakyat adalah kebangkitan untuk menentang penyelewengan dan segala macam bentuk penindasan yang diberi nama undang-undang oleh Gaddafi. Libya sebatutnya sebuah negara yang maju dan mewah lebih daripada Dubai memandangkan hasil minyak yang lumayan dan negaranya memiliki pesisir pantai yang panjang sesuai untuk pelancongan. Tetapi situasi semasa menunjukkan kemudahan untuk rakyat diabaikan seperti hospital dan kemudahan asas lain. Malah rakyatnya ramai menganggur. ( Rujuk lampiran). Gaddafi menggunakan isu campur tangan Amerika ini untuk memburuk- burukkan rakyat yang menentangnya dan terus melabelkan mereka sebagai pengkhianat besar negara kerana bersekongkol dengan Amerika. Tuduhan seperti ini memburukkan lagi keadaan dan menjadi punca berlakunya Perang Saudara. Pasukan penentang Gaddafi terpaksa menerima bantuan asing bagi memperkukuhkan kedudukan mereka. Beberapa tindakan telah dilakukan oleh pihak pemberontak seperti menceroboh kawasan pemprosesan minyak.Akibatnya, Bank Central Libya mengganggarkan kerugian sebanyak 14 million atau 10.1 million Euro.
Ribuan warga Libya yang berbondong-bondong berpindah ke negara-negara jiran telah menimbulkan kebimbangan serius sehingga sebahagian dari mereka menutup sempadan-sempadannya dengan Libya dan tidak membenarkan pendatang masuk ke wilayahnya. Adanya kem-kem di sempadan bersama antara Libya dan negara-negara jiran juga telah menimbulkan masalah baru bagi keselamatan dan sosial di negara-negara itu. Penyebaran krisis, dan yang lebih buruk lagi meluas keganasan dari Libya ke negara-negara jiran adalah kebimbangan lain yang muncul di kawasan tersebut. Sebahagian penganalisis menilai situasi di Libya sekarang ini sebagai akibat dari kumpulan-kumpulan dan organisasi di negara itu yang saling meminta jatah atas sumbangan mereka di masa menggulingkan diktator terbunuh Muammar Gaddafi.
Kesan daripada krisis kewangan ini juga menyebabkan banyak kuasa-kuasa Barat yang  turut campur tangan dalam konflik ini untuk mendapatkan kekayaan sumber semula jadi di Libya. Apatah lagi setelah penggulingan Muammar Ghaddafi, kuasa-kuasa Barat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ketika keadaan masih huru-hara. Terdapat juga individu dan kelompok mewakili daerah tertentu menuntut ladang dan kilang minyak. Sebagai tamsilan, pemberontak Gaddafi iaitu Ibrahim Jatan telah menguasai bahagian timur yang memiliki kekayaan minyak terbesar. Ibrahim Jatan juga telah merancang untuk membentuk pemerintahan baru Libya yang  bersifat federal.
Selain itu, semua projek pembangunan yang dilakukan semasa perang terpaksa ditangguhkan. Para pelabur asing juga banyak meninggalkan Libya dan tanpa prospek kembali pada masa akan datang. Disamping itu, pengeboman terhadap ladang minyak merupakan faktor kemerosotan ekonomi Libya kerana minyak merupakan sumber yang penting bagi negara ini. Sebelum konflik di Libya, negara itu telah menghasilkan antara 1.5 juta tong per hari. Namun, menurut laporan Opec, selepas konflik di Libya, penghasilan minyak di Libya turun sebanyak hampir 27%. Krisis politik di Libya ini turut memberi kesan secara global terutamanya bagi bekalan tenaga minyak dan gas dunia. Hal ini secara tidak lansung telah mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia. Minyak dan gas Libya sangat penting terutamanya bagi Negara Barat dan Kesatuan Eropah yang industri mereka sangat bergantung pada minyak.
Iran juga merupakan negara yang kaya dengan minyak. (Rujuk lampiran). Jadi, krisis ekonomi yang berlaku di Negara tersebut turut menjejaskan ekonomi global. Krisis ekonomi yang berlaku di Iran bertitik tolak daripada usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk melemahkan Iran yang telah bermula sejak kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Revolusi itu telah berjaya meruntuhkan pemerintahan Shah Iran (Dinasti Pahlevi). Sejak itu, Iran mula berdepan dengan tekanan yang berterusan dari negara-negara Eropah yang diketuai AS. Antara alasan yang digunakan AS dan sekutunya ialah kebebasan dan hak asasi manusia dan pembangunan tenaga nuklear Tehran. Isu nuklear merupakan isu paling konsisten yang digunakan AS untuk menekankan negara bermazhab Syiah itu. Walaupun Iran berkali-kali menyatakan bahawa tujuan pembangunan tenaga nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan siasatan IAEA mendapati tidak ada bukti Iran menggunakannya untuk tujuan ketenteraan, namun AS dan sekutunya tetap mendakwa Tehran membangunkan program nuclear untuk tujuan ketenteraan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah dijadikan platform untuk mengeluarkan pelbagai resolusi bagi memberi tekanan kepada negara yang dulunya dikenali sebagai Parsi itu. Pada Jun 2010, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1929. Resolusi 1929 mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan tambahan ke atas Iran. Walaupun Beijing dan Moscow menyokong resolusi itu, namun mereka menolak sekatan terhadap sektor gas dan minyak Iran dijadikan sebagai dagangan yang dilarang. Resolusi itu juga menetapkan negara anggota PBB harus memantau aktiviti bank pusat Iran dan bank lain negara itu bagi memastikan ia tidak terbabit dalam transaksi yang berkaitan dengan aktiviti nuklear atau berkaitan pembangunan sistem senjata nuklear. Pada tahun 2012, AS dan Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan sekatan kewangan paling ketat ke atas Iran. Sekatan terbaru itu telah menajamkan lagi krisis AS-Iran. Kesan daripada sekatan itu menyebabkan puluhan bank Iran dihalang daripada menjalankan perniagaan dengan hampir seluruh dunia. Tindakan ini boleh menyebabkan industri minyak Iran terjejas serta menyukarkan transaksi wang rakyat Iran yang berada di luar negara.
Iran dibawah pemerintahan Presiden Mahmod Ahmadinejad merupakan pemimpn Parsi yang berani menentang semua dasar-dasar AS yang membinasakan umat Islam. Iran yang kini mempunyai kuasa tentera yang besar di rantau Parsi dan Timur Tengah dikatakan mampu memusnahkan Israel, sekutu kuat AS. Jika Israel dibinasakan maka AS akan kehilang sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti ketenteraan. Oleh itu pandangan bahawa Iran layak mempunyai loji nuklear sendiri wajar dilenyapkan dan jika boleh Iran wajib dihapuskan. Dasar AS ialah negara yang pro AS adalah negara baik dan sebaliknya ialah pengganas. Iran tidak akan bersendirian dalam perang ini. Iran akan mendapat sokongan kuat dari Kerajaan Lebnon, Syria dan Iraq dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana semua negara ini adalah pendokong fahaman Syiah. Mereka sanggup berkorban asalkan Iran dapat dipertahankan. AS pula akan menggunakan kuasa veto bagi memerangi Iran. AS meminta bantuan daripada Britain, Perancis, Itali dan sudah pasti Israel. Tidak dilupakan bantuan Arab Saudi keatas AS. Ini kerana Arab Saudi sebenarnya dikuasai oleh AS sepenuhnya ekonomi mereka. Selain daripada Makkah dan Madinah, AS menguasai sumber ekonomi mereka. Ini kerana untuk membalas budi Tentera Bersekutu dalam menggulingkan Pemerintah Tanah Haram terdahulu dan menaikkan Keluarga Saud, keluarga diraja sekarang.
Negara bekas Kesatuan Soviet Union seperti Russia akan melindungi Iran kerana pendirian mereka tetap sama iaitu ANTI-AS. Russia yang selama ini membekalkan bantuan ketenteraan kepada Lebnon semasa penceroboohan Israel dan memberi latihan ketenteraan kepada tentera elit Syria. Kesan yang amat membimbangkan ialah Perang Nuklear. Ini kerana negara- negara yang terlibat mempunyai kekuatan nuklear yang amat besar. Jika ini berlaku negara-negara lain akan diancam kemelesetan ekonomi, kadar inflasi,  pengangguran yang tinggi serta harga tenaga bahan api yang tinggi. Ini kerana Iran akan menghalang penjualan minyaknya keatas barat dan kesannya ialah kenaikan harga minyak akan tinggi dan mengakibatkan nilai mata wang jatuh. Penglibatan negara-negara maju akan mengakibatkan bajet negara akan tertumpu kepada peperangan dan kesannya syarikat perindustrian yang tidak terlibat dengan ketenteraan tidak mendapat suntikan modal dan seterusnya pekerja akan diberhentikan bagi mengurangkan kos.
AS memang mengharapkan kumpulan yang boleh menjalin hubungan baik dengannnya  dapat mengulingkan kerajaan Iran yang ada hari ini dan menegakkan kerajaan yang lebih liberal dan pro-Barat. Namun, tentangan itu akhirnya menjadi reda setelah kepimpinan tertinggi Iran mengesahkan  kemenangan Ahamadinejad itu. Yang pasti, AS akan sentiasa menyokong kumpulan gerakan politik yang pro-Barat bagi menjatuhkan kerajaan Iran pimpinan Ahmadinejad dan seterusnya menghancurkan kerajaan revolusi Iran yang diasasakan Ayatullah Imam Khomeini.
Bush, mantan Presiden AS pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Iran adalah di antara beberapa buah negara yang dianggap ’paksi kejahatan’ yang mesti dimusnahkan. Bush juga pernah membayangkan bahawa serangan ke atas paksi kejahatan adalah ’misi suci’ untuk membawa keamanan di Asia Barat. Hakikat sebenarnya ialah untuk kepentingan strategik AS  serta menjamin keselamatan untuk negara haram Israel di bumi Palestin. Sungguhpun Bush tidak lagi berkuasa, namun  polisi AS terhadap Iran masih  tidak berubah di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama. Resolusi 1929 dan sekatan terbaru ynag dikenakan ke atas Iran adalah buktinya.  AS memang mempunyai banyak kepentingan di Asia Barat kerana  kedudukan sumber minyak yang besar di Teluk Parsi. Iran mempunyai rizab simpanan minyak dan gas yang terbesar di dunia.Kebanyakan negara Teluk, termasuk Arab Saudi telah berjaya dilunakkan pendirian mereka supaya pro kepada AS. Iraq yang dulunya dianggap sebagai negara yang kuat di rantau Teluk telah pun dilemahkan AS. Hanya dengan menipu dunia bahawa Saddam Hussein membangun sejata pemusnah secara besar-besaran, AS dan sekutunya telah menyerang Iraq secara besar-besaran.
Pada saat itu hanya Iran yang dilihat sebagai batu penghalang utama kepada AS dan Israel. Justeru, keupayaan melemah dan menguasai Iran merupakan satu kemenangan besar buat AS. Setakat ini AS sangat berhati-hati untuk menyerang Iran walaupun Iraq yang dikuasainya sudah menyediakan ruang bebas bagi tentera udaranya  menyerang Iran. AS juga mempunyai pengakalan tenteranya di Kuwait, Qatar dan Arab Saudi. AS sedar bahawa Iran bukanlah negara yang lemah seperti Iraq dan Afghanistan.Iran memiliki ketenteraan yang mampu berhadapan dengan ancaman dari luar. Iran telah beberapa kali menguji dan melancarkan peluru berpandunya termasuk peluru berpandu jarak jauh antara benua. Kemampuan pasukan risisk Iran dengan kemampuannya memilki pesawat risik tanpa pemandu juga memberi kelebihan kepada Iran.
Selain itu, Iran memiliki hubungan diplomatik dan kerjasama yang kukuh dengan Russia dan Chia. Iran juga memiliki kedudukan dan hubungan kukuh dalam Pertubuhan Negara Rantau Teluk (GCC) dan juga dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Terdapat juga syarikat minyak Britain yang melabur secara besar-besaran dalam pembangunan lembangan minyak dan gas di Iran. Syarikat gergasi tersebut pastinya tidak mahu kepentingan pelaburan  mereka tergugat disebabkan berlakunya perang dengan Iran. Di bawah pentadbiran Clinton, AS pernah melaksanakan peraturan sekatan bagi syarikat asing yang melabur di dalam sektor minyak dan gas Iran tetapi peraturan tersebut gagal apabila Britain sendiri membantah cadangan AS itu. Barack Obama pula sangat berhati-hati dalam menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Iran.
Usaha melemahkan Iran juga dilakukan melalui jarum politik AS ke atas negara itu. Ketika keputusan Pilihan Raya Presiden  pada  Jun 2010 yang mencatat kemenangan besar  Mahmood Ahamadinejad yang memperoleh 63 peratus undi, AS adalah kuasa yang tidak senang dengan kemenangan Ahmadinejad itu. Israel selaku anak emas AS turut tidak senang dengan kemenangan Ahamadinejad itu. AS telah mengambil kesempatan menyokong gerakan protes melalui demontrasi yang dirancang oleh mereka yang menyokong calon presiden yang tewas, Mir Hossein Mousavi sehingga meletakkan negara republik Islam itu berada dalam keadaan yang bergolak. Media Barat pula memainkan peranan memberi liputan meluas dengan menganggap bahawa tentangan itu merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi syiah 1979.
Kesan krisis ini menyebabkan kadar inflasi akan meningkat. Kuota pengangguran tinggi, inflasi meningkat, konsumsi terhenti dan ekonomi Iran meruncing. Penyebabnya bukan hanya kuasa Barat namun berpunca daripada masalah politik dalaman Iran juga. Statistik Iran menyatakan secara rasmi, kenaikan inflasi selama setahun mulai dari akhir tahun 2012 mencapai 30%. Itu menjadi rekod dalam sejarah Iran. Menurut keterangan rasmi, dalam setahun harga barangan naik 60%. Pakar ekonomi berpendapat, jumlah yang sebetulnya adalah jauh lebih tinggi. Sejak embargo minyak dari Uni Eropa mulai berlaku pertengahan 2012, mata wang Iran, rial, kehilangan nilai. Nilai tukar satu dolar kini 35.000, sementara sembilan bulan lalu masih 20.000 rial. Para pedagang di ibukota Teheran melaporkan jualan buah-buahan kering dan kacang kemungkinan besar tidak akan menguntungkan. Selain itu,Iran juga kekurangan ubat-ubatan. Jika ada, harganya terlalu mahal. Ubat-ubatan tiruan seperti dari Cina, Pakistan dan India kini berhasil menguasai pasaran Teheran meskipun ada yang membahayakan jiwa. Pada hujung Disember 2012, menteri kesihatan Marzieh Vahid Dastjerdi telah dipecat, setelah menteri perempuan itu mengkritik pemerintah kerana tidak mampu menyediakan dana bagi mengimport ubat-ubatan. Negara-negara Barat lain turut mengikuti jejak Amerika Syarikat untuk memboikot Iran kerana mereka beranggapan Iran bertujuan untuk menyaingi kuasa-kuasa besar dunia.
Krisis dan pretasi ekonomi global tahun 2008 merupakan tahun krisis ekonomi luar biasa serta petunjuk jelas kepada berlakunya kemelesetan ekonomi secara global. Ianya bermula dengan peningkatan harga minyak mentah yang memunjak kepada US$147 seton pada Julai 2008; kini susut kepada US$ 51 seton. Kos bahan makan turut meningkat berpunca dari bahan makanan sebagai sumber alternatif kepada petroleum-biofuel, inflasi global, krisis kredit yang membawa kepada bankrapsi bank-bank utama dunia, peningkatan pengganguran sertakemelesatan ekonomi global yang berpanjangan. Pada Februari 2008, OECD Outlook (Organization of Economic CooperationDevelopment) melaporkan bahawa, inflasi di peringkat global telah mencecah ke paras tertinggi dalam sejarah. Lebihan penawaran kewangan dikebanyakkan negara, pertumbuhan yang memberangsangkan yang di dorong oleh tahap kecairan yang tinggi di kalangan negara Asia, spekulasi ke atas komoditi, kegagalan pertanian, peningkatan kos import dari negara China dan peningkatan permintaan ke atas makanan dan komoditi dari beberapa Negara sedang meningkatan maju (emerging markets) merupakan punca kepada berlakunya inflasi global.
Kesan krisis kewangan yang berlaku di Libya dan Iran memberi kesan kepada momentum pertumbuhan ekonomi yang mulai perlahan dan meningkat hanya 0.1% dalam suku keempat terutamanya sektor pembuatan yang menguncup sebanyak 8.8% berikutan kelembapan sektor luaran dan kejatuhan pelaburan swasta. Sentimen perniagaan merosot dengan ketara. Malaysia kembali ke fasa kemelesetan dengan KDNK menguncup sebanyak 1.6% pada tahun 2009. (Rujuk lampiran). Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah. Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai.. Ini membangkitkan kebimbangan secara meluas dalam pasaran kewangan global. Krisis ini menjadi bertambah buruk apabila banyak aset kewangan mengalami kerugian yang mengakibatkan kesan negatif kepada pendapatan dan menjejaskan perolehan negara kerana hasil kutipan cukai berkurang Memandangkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, kesan kemelesetan global begitu dirasai oleh sektor yang berkaitan dengan perdagangan luar. Eksport dan pengeluaran kilang merosot masing-masing sebanyak 7.4% dan 11.1%. (rujuk lampiran)














RUMUSAN

Melalui kerja kursus ini terdapat banyak perkara yang saya dapat ketahuai dan ambil pengajaran. Tajuk yang saya kupas ialah isu-isu ekonomi dunia semasa. Saya telah mengupas krisis kewangan global yang telah berlaku di Libya dan Iran. Libya dan Iran merupakan dua buah negara yang kaya dengan pengeluaran minyak berkualiti di dunia. Ekoran itu, sebarang bentuk kemelesetan ekonomi yang berlaku pada kedua-dua buah Negara tersebut akan menjejaskan ekonomi global. Malaysia juga akan turut terkena tempiasnya kerana nilai mata wang dan nilai saham yang terjejas akan memberi kesan kepada Negara kita yang sedang membangun.

Konflik yang berlaku di Libya berlaku disebabkan rakyat menolak pemerintahan Mummar Ghaddafi yang sudah terlalu lama hampir empat dekad hasil rampasan kuasa. Gaddafi memerintah dengan cara kuku besi. Kekayaaan hasil minyak Negara tidak dapat dikecapi oleh rakyat Libya  dan keadaan sosio-ekonomi rakyat Libya tidak dipedulikan. Rentetan peristiwa ini, rakyat Libya memberontak dan dan ingin mneggulingkan pemerintah pada waktu tersebut. Gaddafi yang mengambil kesempatan atas kuasa yang ada meminta bantuan dari negara luar untuk menangani pihak pemberontak. Beliau juga menggunakan senjata yang ada untuk membunuh rakyatnya yang memberontak. Manakala konflik yang berlaku di Iran pula kerana Amerika Syarikat( AS) mempunyai tujuan yang tertentu. Amerika selalu mensasarkan Iran kerana Iran mempunyai kekuatan tentera yang besar, kelebihan aktiviti nuklear dan kelebihan membuat peluru jarak jauh. Hal ini membimbangkan Amerika yang takut dan bimbang jika Iran akan lebih berkuasa. Iran juga mempunyai kedudukan sumber minyak yang strategik yang membuatkan Amerika lebih menekan Iran.

Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat hasil krisis kewangan Libya dan Iran ini. Bagi Negara yang mengalami krisis ini sendiri sudah pasti terdapat kemusnahan harta dan infrastruktur. Rakyat juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti negara yang lain kerana huru-hara yang berlaku. Selain itu, negara Malaysia turut terjejas seperti menjejaskan perolehan negara. Negara juga turut terkesan dengan harga minyak semasa yang ditetapkan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah Negara pengeluar minyak di Asia Tenggara. Meskipun begitu, kita dapat lihat bahawa Negara kita dapat menangani krisis kewangan global pada tahun 2008 ini dengan cekap dan sistematik. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana Malaysia sudah ada pengalaman menguruskan krisis seperti ini pada tahun 1997. Ini bermakna Malaysia sudah mengambil pengajaran daripada krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 itu.

Sebagai negara yang sedang membangun, kita seharusnya menguruskan kewangan negara dengan baik untuk terus mencapai kejayaan dalam keadaan aman dan harmoni. Berdasarkan peristiwa yang berlaku di Libya dan Iran, kita dapat lihat bahawa jika terdapat campur tangan kuasa asing, maka negara tersebut akan menjadi kacau bilau. Hal ini disebabkan kebanyakan campur tangan kuasa asing hanya menginginkan hasil kekayaan sesebuah negara tersebut. Saya juga dapat simpulkan bahawa pendidikan itu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak bangsa supaya menjaga negara dengan sebaiknya. Rakyat yang berpendidikan semestinya akan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat pada negara seterusnya menjadikan ekonomi negara lebih mapan.



























RUJUKAN

Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin & Norshamliza Chamhuri. (2005). Ekonomi Malaysia.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ishak Yusoff, Nor Aini Idris & Basri Abdul Talib. (2006). Ekonomi Malaysia ke Arah
Pascaindustri. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Mohammad Taqiuddin, Joni TamkinBorhan & Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad. (n.d).
Krisis Kewangan Global: Kestabilan dan Karakteristik Unik Perbankan Islam. Jurnal
Syariah, Jil. 22, Bil. 1 (2014) 57-86.

Perdana Menteri, J. (2013). Unit Perancang Ekonomi. Dicapai pada 6 September,

Ridaksi, S. (2012). Dunia Semasa. Dicapai pada September 6, 2015, dari

Jabatan, P. (2012). Sekatan, Tekanan AS Tak Lemah Semangat Iran. Dicapai pada

Editor Irib. (2009). Libya yang membara. Dicapai pada  4 September, 2015, dari


































Text Box: RUMUSAN